Syukur pada Allah s.w.t atas segala rezeki yang telah di berikan kepada mereka yang gagah berusaha.Segala yang diperolehi adalah kurniaan Nya.Lihatlah....betapa suburnya padi yang tumbuh menghujau di Moyan Laut
Pertandingan sepak takraw di Kampung Tanjung Parang,Samarahan.Kita turut menghantar satu pasukan untuk turut serta .Sekadar layak ke peringkat suku akhir dan apa yang penting,penyertaan untuk menimba pengalaman sebenar.
Tahniah atas kejayaan penganjuran pertandingan.Kepada pasukan yang telah menyertai, terima kasih yang tidak terhingga dan teruskan latihan untuk temasya 2009 nanti.Di gelanggang yang sama juga semua pasukan akan berjumpa.JUMPA DISEMBER 2009 NANTI........
Setiap 25 Disember,pertandingan sepak takraw peringkat kampung akan di adakan.Bagi tahun 2008 lalu, sebanyak 12 pasukan telah turut serta dalam pertandingan ini.Pertandingan sekadar berobjektifkan untuk mengekalkan hubungan sesama rakan sepermainan.Sambutan semakin bertambah dua tahun kebelakangan ini.Syabas!!!!!!!!!!!
Banyak orang yang masih menjadikan sungai-sungai dan longkang-longkang sebagai tempat membuang sampah dan tidak mengamalkan kebersihan dan perlindungan alam sekitar. Oleh itu, tidak hairanlah jika kita melihat pelbagai jenis sampah dan bahan-bahan sisa buangan yang dikutip dari sungai Moyan ini. Pembuangan sampah-sarap secara tidak bertanggungjawab telah mengakibatkan sungai penuh dengan sampah. Pembuangan sampah-sarap adalah merupakan faktor utama menyebabkan sungai kotor. Adalah menjadi tanggungjawab setiap kita di Moyan ni untuk tidak mengamalkan tabiat buruk berkenaan. Kepada mereka yang suka membuang sampah di sini,hentikan perbuatan ini.