Monday, August 17, 2009

SYURGA TENGGIRI DI MUKAH










Tenggiri dan pelbagai ikan yang saya sempat lihat.Banyak sangat ikan dan seronok juga lihat.

SEPAK TAKRAW PSKPP DI KAPIT 2009




Sepak Takraw di kapit.
First time pergi kapit dan agak jauh juga...Ramai yang demam lepas pulang dari kapit.




Meriah !!!!!

Buat pertama kalinya pertandingan terbuka Sepak Takraw Terbuka Moyan Laut di jalankan.Terima kasih atas penyertaan pasukan khannya 4 pasukan dari sebuyau,1 dari Ladong dan pasukan sekitar asajaya.Semoga masa akan datang kita akan berpeluang lagi menjayakan pertandingan seumpama ini.Kepada yang terlibat secara lansung atau tidak, terima kasih di ucapkan.

Bukannya mudah menjayakan pertandingan tanpa adanya kerjasama serta kometmen yang tinggi.Semoga pengalaman yang kita lalui akan menjadikan kita lebih tahu akan kemahiran permainan ini sekaligus berkemampuan menjayakan lagi pertandingan pada masa akan datang.


Ada pagar untuk menhalang bola dari bergolek jauh.

Semoga Sukan sepak takraw akan terus dibangunkan.Kita tetap mengharapkan muka-muka baru dalam arena ini.Dengan harapan ianya akan terus kekal dan tidak hilang dibawa perubahan budaya hidup generasi kini.

Terima kasih sekali lagi kepada yang telah bersusah payah membina gelanggang ini.


Sepak Takraw.
gambar pembinaan gelanggang baru .Harap dapat di gunakan dengan cara yang sebaiknya.Terima kasih kepada para pemimpin, khasnya Penghulu atas kesungguhan dalam membaik pulih gelanggang yang terlalu lama.Kepada para belia serta yang meminati sepak takraw,gunalah kesempatan ini untuk memperbaiki permainan masing2.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Saturday, March 7, 2009

KETAM DAH KURANG


Sungai semakin tercemar,ketam dah tak dapat hidup di sini lagi.Kepada semua,jagalah kebersihan sungai kita untuk generasi kini dan akan datang.

Sawah padi menghijau




Syukur pada Allah s.w.t atas segala rezeki yang telah di berikan kepada mereka yang gagah berusaha.Segala yang diperolehi adalah kurniaan Nya.Lihatlah....betapa suburnya padi yang tumbuh menghujau di Moyan Laut

15 NOVEMBER 2008


Pertandingan sepak takraw di Kampung Tanjung Parang,Samarahan.Kita turut menghantar satu pasukan untuk turut serta .Sekadar layak ke peringkat suku akhir dan apa yang penting,penyertaan untuk menimba pengalaman sebenar.

PASUKAN TERBAIK DIS 2008


Tahniah atas kejayaan penganjuran pertandingan.Kepada pasukan yang telah menyertai, terima kasih yang tidak terhingga dan teruskan latihan untuk temasya 2009 nanti.Di gelanggang yang sama juga semua pasukan akan berjumpa.JUMPA DISEMBER 2009 NANTI........
TAHNIAH TUAN.....

SEPAK TAKRAW 25 DIS 2008


Setiap 25 Disember,pertandingan sepak takraw peringkat kampung akan di adakan.Bagi tahun 2008 lalu, sebanyak 12 pasukan telah turut serta dalam pertandingan ini.Pertandingan sekadar berobjektifkan untuk mengekalkan hubungan sesama rakan sepermainan.Sambutan semakin bertambah dua tahun kebelakangan ini.Syabas!!!!!!!!!!!

SUNGAI SUDAH TERCEMAR


Banyak orang yang masih menjadikan sungai-sungai dan longkang-longkang sebagai tempat membuang sampah dan tidak mengamalkan kebersihan dan perlindungan alam sekitar.
Oleh itu, tidak hairanlah jika kita melihat pelbagai jenis sampah dan bahan-bahan sisa buangan yang dikutip dari sungai Moyan ini. Pembuangan sampah-sarap secara tidak bertanggungjawab telah mengakibatkan sungai penuh dengan sampah. Pembuangan sampah-sarap adalah merupakan faktor utama menyebabkan sungai kotor. Adalah menjadi tanggungjawab setiap kita di Moyan ni untuk tidak mengamalkan tabiat buruk berkenaan.
Kepada mereka yang suka membuang sampah di sini,hentikan perbuatan ini.